CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

HAPPY HOLIDAY!!!

Tuesday, April 15, 2008

TeMpAt - TeMpAt MeNaRiK

MAKAM MAHSURI
Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Batu Penanda Tentang Kematian Mahsuri.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ianya seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.


DATARAN HELANG


Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.

Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi
berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.


PULAU DAYANG BUNTING



Gunung di Pulau Dayang Bunting




Jeti di Pulau Dayang Bunting



Tangga ke Tasik Dayang Bunting



KAMPUNG KRISTAL


Kampung Kristal di Pulau Rebak, selatan Langkawi yang diusahakan oleh Langkawi Crystal Sdn Bhd, pengeluar tunggal barangan kristal Malaysia akan menjadi tarikan pelancong ke Pulau Langkawi. Pengarah urusannya ialah Abdoul Rahman Abdullah.

Langkawi Crystal menjalinkan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar kristal antarabangsa seperti China dalam usahanya untuk menjadi pusat kristal terulung di rantau ini.

Kerjasama strategik dengan pengeluar kristal antarabangsa diadakan bagi mengeluarkan produk yang lebih baik dan berkualiti menjelang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 2003.
Langkawi Crystal perlu mengeluarkan produk berkualiti sekiranya ia mahu menjual jenamanya bagi memenuhi jangkaan permintaan pelanggan dalam dan luar negara.

Eropah Timur termasuk Jerman Timur adalah pengeluar utama tetapi kini China mula mendapat pengiktirafan bagi produk kristalnya.

PEKAN KUAH

Pekan Kuah merupakan pekan dan pintu masuk utama pulau Langkawi, Kedah. Arca helang yang merupakan simbol Langkawi yang terkenal terletak di Kuah.

Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali Kisap. Selat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi dan Pulau Terutau.

Pergaduhan gergasi yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung. Mat Sawar yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua.

Antara tempat menarik yang lain ialah:

Dataran Helang
Kampung Kristal
Gunung Mat Chingchang
Pekan Kuah
Pulau Dayang Bunting
Pulau Rebak
Makam Mahsuri
Telaga Air Hangat
Beras terbakar
Under Water World
Perkampungan Buku
Kereta Kabel
Pantai Pasir Hitam

0 comments: