CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

HAPPY HOLIDAY!!!

Wednesday, April 16, 2008

SeJaRaH PuLaU LaNgKaWi

Sejarah Pulau Langkawi bermula pada kurun ke-15 iaitu apabila nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu.


Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.1621 Jeneral Augustin De Be
aulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".

Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura. Sejak itu beliau ingin merubah Sumpah Mahsuri 7 keturunan menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.

0 comments: