CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

HAPPY HOLIDAY!!!

Tuesday, April 15, 2008

KeMuDaHaN LaIn YaNg AdA

PUSAT BELI BELAH

Langkawi Fair Shopping Mall

Langkawi Fair Shopping Mall atau Pusat Membeli Belah Langkawi Fair berlokasi di antara Jeti Kuah dan Pekan Kuah.Ia merupakan sebuah pusat membeli belah yang strategik serta syarikat yang terbesar bebas cukai.Bangunannya sebesar 2 tingkat ini mempunyai 100 buah kedai serta pasaraya bebas cukai.

Dibuka 10 pagi - 10 malam dilengkapi hawa dingin dan mempunyai landskap air yang indah. Terdapat pelbagai barangan bebas cukai antaranya rokok dari pelbagai jenis, manisan dan beberapa barangan jenama yang terkenal seperti Nike, Adidas, Reboks dan sebagainya.


Terdapat juga pusat pertukaran wang , pusat informasi dan juga penjualan tiket penerbangan Malaysia.Terdapat juga restoran-restoran makanan segera seperti McDonalds dan Kenny Rogers.Dan dalam jangka masa yang terdekat panggung wayang akan dibuka di kompleks tersebut.

Langkawi Fair Shopping Mall
[di bawah naungan Bolton bhd],Lot FFB, Jalan Persiaran Putra,Kuah,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman ,Malaysia
Tel:[60]4-969 8100/1969 8104
Fax:[60]4-969 8101

Jetty Point

Jetty Point merupakan sebuah pusat membeli belah yang moden serta berhawa dingin. Terdapat juga persembahan secara live yang dipersembahkan secara percuma dan kesemuanya hanya di bawah satu bangunan, Jetty Point.

Pusat membeli belah yang bebas cukai menawarkan pelbagai jenis barangan seperti kamera, jam tangan, barangan kosmetik, wangian.fesyen moden yang terkini turut di jual dari pakaian lelaki, wanita dan kanak- kanak.

Jetty Point merupakan pelabuhan keluar dan masuk Pulau Langkawi yang mana ia ada menjual tiket servis feri ke Kedah, Perlis dan Thailand.Terdapat juga beberapa kedai makanan segera seperti KFC dan bank[ mesin ATM] serta pusat pertukaran mata wang.

Kemudahan perkhidmatan teksi dan bus boleh diperolehi di sana.Dapatkan segala barangan bebas cukai yang anda inginkan di Jetty Point.

Jetty Point
Lot 2.0 & 2.15 Jetty Kuah,Mukim Kuah,Kuah,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman ,Malaysia
Tel:[60]4-966 7530/9668772
Fax:[60]4-966 2241

Corporate Office
Kompleks Perniagaan Kelibang ,Bangunan Tengku Mahmood, Mukim Kuah,07000 Langkawi, Kedah Darul Aman,Malaysia.
e-mail:
jettypoint@hotmail.com

RESTORAN

Aquarium Seafood Garden

Untuk menikmati cita rasa makanan laut yang lebih sedap, anda boleh menikmatinya di Aquarium Seafood Garden. Juadah istimewa di sini ialah ikan, udang harimau, udang galah, ketam kulit lembut dan makanan laut yang lain.

Restoran tersebut juga menyediakan pencuci mulut seperti buah-buahan dan sayur - sayuran tempatan.

Dengan menggunakan konsep dapur terbuka, para pengunjung dapat melihat sendiri cara chef memasak makanan yang anda inginkan.

Untuk manambah selera makan, restoran ini menyediakan tempat makan di kawasan luar bagi membolehkan anda menikmati permandangankan hutan tropika serta udara segar laut.
Harga makanan juga berpatutan.

Makan malam di Aquarium Seafood Garden pasti memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Lot 411, Jalan Kelibang ,Kuah,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman ,Malaysia
Tel:[60]4-966 8888
Fax:[60]4-966 6000
Website:http://www.malaysiabiz.net/

AQUASEAFOOD

e-mail:aquaseafood@malaysiabiz.net

0 comments: