CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

HAPPY HOLIDAY!!!

Wednesday, April 16, 2008

PuLaU LaNgKaWi


Pengenalan kepada Pulau Langkawi



Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semulajadi dan legenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Gugusan Pulau Langkawi


Gugusan Pulau Langkawi terletak di sebelah barat negeri Kedah dan Perlis, Semenanjung Malaysia. Pulau Langkawi di perairan Selat Melaka, betul-betul berhampiran dengan mulut Selat Melaka, Laut Andaman di sebelah Barat Laut dan Lautan Hindi di sebelah Barat. Di seberang pulau Langkawi ialah pulau Sumatra di Indonesia.Langkawi umpama mutiara yang baru dijumpai oleh kerajaan Malaysia.


Terdapat 104 pulau dalam gugusan pulau Langkawi, satu pembentukan dari hanyutan benua yang membentuk Asia Tenggara. Titik tertinggi di Langkawi ialah puncak Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 890m di atas aras laut.Antara pulau-pulau di dalam gugusan kepulauan ini ialah:



Pulau Dayang Bunting


Pulau Singa Besar


Pulau Tuba


Pulau Langgun


Pulau Timun

SeJaRaH PuLaU LaNgKaWi

Sejarah Pulau Langkawi bermula pada kurun ke-15 iaitu apabila nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu.


Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.1621 Jeneral Augustin De Be
aulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".

Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura. Sejak itu beliau ingin merubah Sumpah Mahsuri 7 keturunan menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.

PeLaN LoKaSi PuLaU LaNgKaWi

Terletak di Kedah, dan ini adalah antara pelan lokasi yang dinyatakan.


CaRa Ke PuLaU LaNgKaWi

Jalan raya

Dari Kuala Lumpur, anda boleh berkereta melalui Lebuh raya Utara Selatan sehingga sampai ke susur keluar Gurun, Kedah dan menuju ke Kuala Perlis. Dari jeti Kuala Perlis, tambangnya adalah RM15.00 untuk feri ke Pulau Langkawi. Laluan yang popular yang selalu digunakan oleh pelancong adalah melalui jeti Kuala Kedah. Tambang pergi ialah RM18.00. Bagi penduduk Langkawi tambang sebanyak RM 15.00.

Feri

Selain feri dari Kuala Perlis, feri-feri dari Kuala Kedah dan Pulau Pinang juga ada disediakan. Star Cruise Pulau Pinang ada menyediakan pakej lengkap ke Langkawi.Selain itu,perkhidmatan feri juga disediakan untuk berhubung dengan negara Thailand melalui Langkawi dan Satun.

Pesawat

Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan ke Langkawi.

AirAsia (Kuala Lumpur)
Thai AirAsia (Bangkok) (Bermula Januari 2007)
Penerbangan Malaysia (Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura)
FireFly ( Subang , Pulau Pinang )
Singapore Airlines
SilkAir (Singapura)

Tuesday, April 15, 2008

TeMpAt PeNgInApAn Di PuLaU LaNgKaWi

Awana Porto Malai

Resort ini yang terletak berhampiran dengan Kapal Star Cruise jetty yang mana pelancong antarabangsa sering kunjung.Permandangan yang indah serta perkhidmatan istimewa memukau setiap pengunjung yang datang.


Awana Porta Malai yang sesuai untuk para pengunjung yang sukakan sukan air , antaranya ialah, papan luncur , belayar , kanu dan pelbagai lagi sukan air. Antara aktiviti yang dapat para pengunjung cuba adalah belayar kepulau - pulau kecil di sekitar Langkawi , menyelam kedasar laut, memancing meredah hutan dan sebagainya.

Berhampiran dengan Awana Porto Malai pula terdapat sebuah kelab bowling [ Genting World 16 lane ] serta panggung wayang [ Cinemaplex] dan gynasium .Pier 1 Sport dan kompleks Kebudayaan dan kedai yang bebas cukai adalah berhampiran dengan resort tersebut.
Jika anda seorang pencinta ikan anda juga pasti berpuas hati dengan The Yatchman yang mana anda akan menikmati kesegaran ikan di situ.
The Mediterranean iaitu satu tema untuk menjamu selera makan malam bersama.Manakala The Broadwalk Cafe pula merupakan kafe yang akan menghidangkan pelbagai jenis hidangan masakan. Terdapat juga kedai wine yang menyediakan juga kepelbagaian rasa dari hampir seluruh dunia.
Jika anda inginkan kelainan untuk menghabiskan masa cuti anda , bercutilah di Awana Porto Malai Lamgkawi dan belayar pulang dengan membawa bersama kenangan manis di Langkawi. Awana Porto Malai , Langkawi.

Awana Portal Malai Sales & marketing Office ,23rd Floor, Wisma Genting , Jalan Sultan Ismail,50250 kuala Lumpur , Malaysia. Reservation :[60]3-262 266.


Sheraton Langkawi Beach Resort

Resort Sheraton Langkawi mempunyai keluasan lebih kurang 38 ekar.Ia merupakan salah sebuah resort yang pernah memenangi anugerah sebagai resort yang bertaraf 5 bintang.Sekitar kawasan resort ini dikelilingi dengan hutan yang semulajadi serta bersepanjangan dengan pantai laut Andaman.Terdapat sebanyak 264 bilik serta chalet yang disediakan oleh resort ini.

Resort ini menyediakan kemudahan bagi mereka yang sukakan sukan air seperti papan luncur,belayar ataupun memancing.Para pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti berkanu untuk melihat sendiri keindahan laut dan hutan sepanjang laut Andaman .Selain dari sukan air , resort ini juga menyediakan aktiviti yang lain seperti golf,bola tampar dan tenis.

Bagi kanak-kanak pula mereka pasti tertarik dengan aktiviti yang disediakan oleh pihak resort yang mana mereka mengadakan sebuah kelab khusus untuk kanak iaitu "Lutong Kids Club".Yang pasti juga setiap pengunjung akan menikmati keindahan landskap kolam renang yang senantiasa di penuhi pengunjung.

Jika anda ingin menikmati hidangan ringan , Poolside Snack Bar harus anda kunjungi.Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang inginkan senaman secara terapi resort tersebut menyediakan kemudahan seperti spa,sauna dan perkhimatan mengurut.Pada para pengunjung yang menjalankan urusan perniagaan , kemudahan seperti bilik mesyuarat turut disediakan.

Hidangan makan yang lazat serta pelbagai akan menceriakan lagi percutian para pengunjung.Hidangan yang disediakan dari masakan Asia ke Barat akan dapat dirasai di Karma Jaya.Jika inginkan masakan makanan laut , para pengunjung boleh menikmatinya di Captain Grill sambil menikmati makanan para pengunjung juga boleh merasai suasana yang indah iaitu pemandangan laut Andaman.

Sesudah makan malam , para pengunjung dapat berhibur di "Black Henry" yang mana setiap pengunjung akan dihiburkan dengan irama musik yang dimainkan secara "live" oleh kumpulan band serta Dj yang disediakan.

Sheraton Langkawi Resort akan menjanjikan setiap percutian anda dengan sempurna .Perkhimatan yang berteruan serta segala kemudahan yang disediakan adalah yang teristimewa untuk setiap pengunjung.

Tel :[60] 4-955 1901
Fax: [60] 4-955 1968
Website:http:www.sheraton.com/langkawi

Kondo Istana

Kondo Intana terletak hanya 25 minit dari lapangan terbang dan 10 minit dari jeti.Di sekeliling kondo ini terdapat landskap yang indah . Kondominium ini menyediakan pelbagai kemudahan.Anda boleh menyelam dan berenang di kolam renang ataupun menjalankan aktiviti di gym yang sedia ada.
Jika anda datang untuk urusan perniagaan , kemudahan seperti bilik mesyuarat turut di adakan.Jasmine Coffe House akan menyediakan hidangan makanan tempatan dan barat . Hiburan muzik secara 'live' akan diadakan di Ixora Lounge.Jika ada sebarang aktiviti yang lain ingin para pengunjung lakukan , Kondo Istana setia memberi perkhidmatan.

Untuk keselesaan bercutian anda , bercutilah di Kondo Istana.

Tel :[60] 4-966 1118
Fax: [60] 4-966 1122
Head Office
49f,Weld Quay,10300 Penang,Malaysia.
Tel:[60]4-261 1289/379,
[60] 4-261 3452

Langkasuka Resort

Jika anda inginkan percutian yang tenang , habiskan cuti anda di Langkasuka Resort. Ini pasti dapat memeriahkan lagi percutian anda di sana.
Dengan keindahan lanskap serta kolam renang pasti memikat hati para pengunjung.Kesemua 214 buah bilik menyediakan hawa dingin dan anjung yang menghadap ke laut. Turut disediakan ialah lobby lounge dan bilik karaoke.

Langkasuka Resort Kuala Muda , Padang Matsirat ,07000 Langkawi, Kedah Darul Aman,Malaysia
Tel :[60] 4-955 688
Fax: [60] 4-955 4063

Helang Convection Hotel


Lokasi hotel ini adalah di perantaraan lapanagan Antarabangsa Langkawi dan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri. Hotel 4 bintang ini menawarkan 232 buah bilik dan kolam renang yang indah.Kemudahan makanan dan pusat perniagaan turut di sediakan.


Jika anda ingin membuat pertukaran tempat penginapan, di Langkasuka Resort,ia hanya mengambil masa selama 2 minit perjalanan sahaja.

Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri [ The Mahsuri International Exhibition Centre - MIEC] merupakan dewan untuk apa sahaja perasmian . Dewannya memberi keluasan lebih kurang 27,200 meter persegi dan ia sangat sesuai untuk setiap perasmian atau pameran . Dewan tersebut boleh memuatkan seramai 3000 peserta berserta dengan bilik yang khas disediakan.

Helang Convention Hotel, Lot 274, Jalan Lima , Padang Matsirat ,07100 Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Tel:[60] 4-962 2020
Fax:[60] 4-962 2021





TeMpAt - TeMpAt MeNaRiK

MAKAM MAHSURI
Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Batu Penanda Tentang Kematian Mahsuri.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ianya seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.


DATARAN HELANG


Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.

Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi
berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.


PULAU DAYANG BUNTING



Gunung di Pulau Dayang Bunting




Jeti di Pulau Dayang Bunting



Tangga ke Tasik Dayang Bunting



KAMPUNG KRISTAL


Kampung Kristal di Pulau Rebak, selatan Langkawi yang diusahakan oleh Langkawi Crystal Sdn Bhd, pengeluar tunggal barangan kristal Malaysia akan menjadi tarikan pelancong ke Pulau Langkawi. Pengarah urusannya ialah Abdoul Rahman Abdullah.

Langkawi Crystal menjalinkan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar kristal antarabangsa seperti China dalam usahanya untuk menjadi pusat kristal terulung di rantau ini.

Kerjasama strategik dengan pengeluar kristal antarabangsa diadakan bagi mengeluarkan produk yang lebih baik dan berkualiti menjelang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 2003.
Langkawi Crystal perlu mengeluarkan produk berkualiti sekiranya ia mahu menjual jenamanya bagi memenuhi jangkaan permintaan pelanggan dalam dan luar negara.

Eropah Timur termasuk Jerman Timur adalah pengeluar utama tetapi kini China mula mendapat pengiktirafan bagi produk kristalnya.

PEKAN KUAH

Pekan Kuah merupakan pekan dan pintu masuk utama pulau Langkawi, Kedah. Arca helang yang merupakan simbol Langkawi yang terkenal terletak di Kuah.

Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali Kisap. Selat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi dan Pulau Terutau.

Pergaduhan gergasi yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung. Mat Sawar yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua.

Antara tempat menarik yang lain ialah:

Dataran Helang
Kampung Kristal
Gunung Mat Chingchang
Pekan Kuah
Pulau Dayang Bunting
Pulau Rebak
Makam Mahsuri
Telaga Air Hangat
Beras terbakar
Under Water World
Perkampungan Buku
Kereta Kabel
Pantai Pasir Hitam

KeMuDaHaN LaIn YaNg AdA

PUSAT BELI BELAH

Langkawi Fair Shopping Mall

Langkawi Fair Shopping Mall atau Pusat Membeli Belah Langkawi Fair berlokasi di antara Jeti Kuah dan Pekan Kuah.Ia merupakan sebuah pusat membeli belah yang strategik serta syarikat yang terbesar bebas cukai.Bangunannya sebesar 2 tingkat ini mempunyai 100 buah kedai serta pasaraya bebas cukai.

Dibuka 10 pagi - 10 malam dilengkapi hawa dingin dan mempunyai landskap air yang indah. Terdapat pelbagai barangan bebas cukai antaranya rokok dari pelbagai jenis, manisan dan beberapa barangan jenama yang terkenal seperti Nike, Adidas, Reboks dan sebagainya.


Terdapat juga pusat pertukaran wang , pusat informasi dan juga penjualan tiket penerbangan Malaysia.Terdapat juga restoran-restoran makanan segera seperti McDonalds dan Kenny Rogers.Dan dalam jangka masa yang terdekat panggung wayang akan dibuka di kompleks tersebut.

Langkawi Fair Shopping Mall
[di bawah naungan Bolton bhd],Lot FFB, Jalan Persiaran Putra,Kuah,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman ,Malaysia
Tel:[60]4-969 8100/1969 8104
Fax:[60]4-969 8101

Jetty Point

Jetty Point merupakan sebuah pusat membeli belah yang moden serta berhawa dingin. Terdapat juga persembahan secara live yang dipersembahkan secara percuma dan kesemuanya hanya di bawah satu bangunan, Jetty Point.

Pusat membeli belah yang bebas cukai menawarkan pelbagai jenis barangan seperti kamera, jam tangan, barangan kosmetik, wangian.fesyen moden yang terkini turut di jual dari pakaian lelaki, wanita dan kanak- kanak.

Jetty Point merupakan pelabuhan keluar dan masuk Pulau Langkawi yang mana ia ada menjual tiket servis feri ke Kedah, Perlis dan Thailand.Terdapat juga beberapa kedai makanan segera seperti KFC dan bank[ mesin ATM] serta pusat pertukaran mata wang.

Kemudahan perkhidmatan teksi dan bus boleh diperolehi di sana.Dapatkan segala barangan bebas cukai yang anda inginkan di Jetty Point.

Jetty Point
Lot 2.0 & 2.15 Jetty Kuah,Mukim Kuah,Kuah,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman ,Malaysia
Tel:[60]4-966 7530/9668772
Fax:[60]4-966 2241

Corporate Office
Kompleks Perniagaan Kelibang ,Bangunan Tengku Mahmood, Mukim Kuah,07000 Langkawi, Kedah Darul Aman,Malaysia.
e-mail:
jettypoint@hotmail.com

RESTORAN

Aquarium Seafood Garden

Untuk menikmati cita rasa makanan laut yang lebih sedap, anda boleh menikmatinya di Aquarium Seafood Garden. Juadah istimewa di sini ialah ikan, udang harimau, udang galah, ketam kulit lembut dan makanan laut yang lain.

Restoran tersebut juga menyediakan pencuci mulut seperti buah-buahan dan sayur - sayuran tempatan.

Dengan menggunakan konsep dapur terbuka, para pengunjung dapat melihat sendiri cara chef memasak makanan yang anda inginkan.

Untuk manambah selera makan, restoran ini menyediakan tempat makan di kawasan luar bagi membolehkan anda menikmati permandangankan hutan tropika serta udara segar laut.
Harga makanan juga berpatutan.

Makan malam di Aquarium Seafood Garden pasti memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Lot 411, Jalan Kelibang ,Kuah,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman ,Malaysia
Tel:[60]4-966 8888
Fax:[60]4-966 6000
Website:http://www.malaysiabiz.net/

AQUASEAFOOD

e-mail:aquaseafood@malaysiabiz.net

AkTiViti MeNaRiK Di PuLau LaGenDa

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi ialah




1. Menyelam
2. Jetski

3. Berenang

4. Berbasikal

5. Memberi Makanan Kepada Helang

6. Scuba Diving


7. Menaiki cabel